Terma Penggunaan

PENERIMAAN TERMA PENGGUNAAN

Selamat datang ke laman web, SPEAK UP UMP!

Sebagai pertukaran dalam penggunaan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan mematuhi Terma Penggunaan (“Terma Penggunaan”). Penggunaan dalam laman web ini merupakan penerimaan anda pada Terma Penggunaan dan mana-mana garis panduan yang disiarkan atau peraturan yang terpakai untuk ciri-ciri tertentu dalam laman web SPEAK UP (“ciri garis panduan”) yang akan disiarkan pada laman web dari semasa ke semasa. Semua ciri garis panduan perlulah dianggap sebagai sebahagian daripada Terma Penggunaan.

SPEAK UP (mewakili Universiti Malaysia Pahang) boleh menambah, memadam atau mengubah mana-mana terma atau syarat-syarat dalam Terma Penggunaan (termasuklah ciri garis panduan) pada bila-bila masa tanpa memberitahu anda. Anda boleh melihat versi paling semasa Terma Penggunaan pada bila-bila masa di: https://www.speakup.ump.edu.my/Terms of Use

PERIHAL PERKHIDMATAN SPEAK UP

SPEAK UP adalah Unit Maklum balas Universiti Malaysia Pahang. Platform untuk maklum balas termasuklah laman web SPEAK UP dan UMP Facebook Page, yang menyediakan saluran-saluran untuk anda berkongsi maklum balas anda dengan Kerajaan. Maklum balas yang diterima akan dibaca oleh staf SPEAK UP, dan ditimbulkan kepada agensi-agensi yang berkaitan. Kami juga memudahkan komunikasi antara warga UMP dan agensi-agensi dengan proaktif memulakan perbincangan tentang pelbagai topik.

LOG MASUK, KESELAMATAN DAN E-MEL DARIPADA SPEAK UP

Walaupun beberapa ciri-ciri dalam laman web boleh didapati tanpa log masuk, terdapat beberapa ciri-ciri atau bahagian-bahagian dalam laman web (seperti Forum Perbincangan) memerlukan anda untuk log masuk menggunakan akaun Facebook anda. Perbincangan dalam laman web boleh ditamatkan dengan klik Akuan Saya > Log Keluar.

Apabila anda log masuk, anda memahami dan bersetuju untuk SPEAK UP menerima semua maklumat tentang anda yang dikongsi Facebook dengan SPEAK UP. Maklumat ini termasuklah maklumat profil awam dan alamat e-mel anda.

Jika anda memaparkan alamat e-mel dalam akaun Facebook anda, SPEAK UP dari semasa ke semasa akan menghantar e-mel kepada anda (termasuklah e-mel berkaitan jemputan untuk menghadiri majlis-majlis atau e-mel yang mengandungi maklumat, serta e-mel susulan dan e-mel jawapan komen dan pertanyaan yang disiarkan, dihantar atau sebaliknya yang melibatkan anda), dan anda bersetuju untuk menerima semua e-mel itu. Anda boleh menarik balik persetujuan anda dengan menghantar e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan memaklumkan nama, alamat e-mel, dan menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima lagi e-mel daripada SPEAK UP. SPEAK UP akan, sebaik sahaja menerima e-mel anda, akan berhenti menghantar e-mel kepada anda.

Anda harus bertanggungjawab untuk semua akses dan penggunaan anda dalam laman web ini melalui akaun Facebook anda, sama ada atau tidak akaun itu dikendalikan oleh anda.

Anda hendaklah: (a) dengan segera memaklumkan SPEAK UP untuk mana-mana log masuk ke dalam laman web atau mana-mana pelanggaran keselamatan, (b) memastikan anda “log keluar”/ keluar pada setiap akhir sesi dengan log keluar daripada akaun Facebook. SPEAK UP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh anda atau mana-mana pihak lain kerana kegagalan anda untuk mematuhi terma ini.

KANDUNGAN

Semua maklumat, data, teks, bunyi, gambar-gambar, grafik, video, mesej, atau bahan-bahan lain (“Kandungan”) yang terdapat dalam laman web (termasuklah Kandungan dalam Kaji Selidik Online SPEAK UP, Forum Perbincangan, Perundingan Awam, Jawapan daripada Kementerian/Agensi-agensi, Bilik Berita, #AskMe Siri dan dalam semua bahagian dalam laman web), sama ada disiarkan secara rahsia dalam laman web atau dihantar secara rahsia kepada pentadbir SPEAK UP, adalah bertanggungjawab terhadap semua kandungan yang dimuat naik, pos, e-mel, menghantar atau sebaliknya yang ada di laman web menggunakan capaian internet, walaupun diakses oleh orang lain.

SPEAK UP tidak mengawal atau pra-skrin Kandungan yang disiarkan di laman web, dan, oleh itu, tidak menjamin ketepatan, integriti atau kualiti Kandungan tersebut. Anda memahami apabila menggunakan laman web ini, anda mungkin terdedah dengan Kandungan berbentuk serangan, lucah atau tidak menyenangkan.

Dalam apa keadaan SPEAK UP tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa Kandungan yang disiarkan, melalui e-mel, dihantar atau disediakan pada atau melalui laman web, termasuklah kesalahan atau ketinggalan dalam mana-mana Kandungan, atau semua kerugian atau kerosakan pada atau melalui laman web. Anda mesti membuat penilaian dan menanggung semua risiko yang berkaitan dengan penggunaan mana-mana Kandungan dalam laman web, termasuklah apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada ketepatan, kesempurnaan, atau kegunaan Kandungan tersebut. Pergantungan kepada Kandungan adalah atas risiko anda sendiri.

Anda mesti menilai dan menanggung semua risiko yang berkaitan dengan penggunaan mana-mana kandungan di termasuk apa-apa pergantungan anda bercadang untuk meletakkan pada ketepatan, kelengkapan, atau kegunaan Kandungan tersebut. Kepergantungan kandungan tersebut adalah atas risiko anda sendiri.

Anda seharusnya tidak menggunakan laman web untuk, atau apabila menggunakan laman web, seharusnya tidak:

  1. muat naik, hantar, e-mel, atau sebaliknya yang ada dalam Kandungan yang:

    • adalah atau mungkin menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, berbahasa kesat, menganggu, salah laku, memfitnah, berbahasa lucah, mengandungi fitnah, menceroboh privasi orang lain, terkutuk, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya, tidak benar, tidak releven dengan tujuan SPEAK UP atau perbincangan-perbincangan yang tidak releven dengan Kandungan yang disediakan. SPEAK UP mempunyai budi bicara mutlak untuk membuatkan keputusan sekiranya mana-mana Kandungan termasuk dalam kategori ini;
    • melanggar mana-mana paten, tanda dangangan, rahsia perdagangan, hak cipta, atau hak harta intelek mana-mana pihak, atau anda tidak mempunyai hak untuk menyiarkan atau sebaliknya di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah hubungan berkontrak atau fidusiari;
    • mengandungi mana-mana pengiklanan dan bahan-bahan promosi, komersial atau sebaliknya yang tidak diminta atau tidak dibenarkan, termasuklah pautan ke laman web yang mengandungi bahan-bahan tersebut. Untuk tujuan fasal ini, “bahan-bahan pengiklanan dan promosi” termasuklah kaji selidik, pertandingan, skim piramid, surat berantai, e-mel remeh, penspaman, atau mana-mana mesej pendua atau tidak diminta, dan lain-lain;
    • mengandungi perisian yang mempunyai virus atau mana-mana kod computer, fail atau program yang direka untuk menganggu, merosakkan atau menghadkan fungsi mana-mana perisian dan perkakasan computer atau peratan telekomunikasi;
    • mengulang mana-mana Kandungan dalam bentuk yang tepat yang telah anda muat naik, hantar, e-mel atau siarkan sebelum ini dalam atau melalui laman web; atau
    • mengeluarkan semula Kandungan yang dibuat oleh pihak-pihak lain selain anda;

  2. menggunakan atau membuat akaun palsu (termasuklah tetapi tidak terhad kepada, penggunaan nama samaran atau menyamar mana-mana pihak atau entity, atau sebaliknya yang merujuk kepada anda menggunakan penerangan perkataan atau penerangan perkataan yang tidak seperti nama sebenar anda atau diperoleh daripada sebenar anda), atau memalsukan atau sebaliknya mewakilkan gabungan dengan seseorang atau entiti, atau menggunakan mana-mana identiti atau nama yang tidak mematuhi polisi Facebook dalam penggunaan nama-nama (lihat link: https://www.facebook.com/help/112146705538576);

  3. boleh menimbulkan gangguan dalam penglibatan pengguna lain dalam perbincangan, dialog atau pertukaran lain dalam laman web, atau tindakan sebaliknya yang akan memberikan kesan negatif kepada pengalaman pengguna daripada pengguna lain dalam laman web;

  4. mengancam, menghendap atau sebaliknya menganggu mana-mana pengguna dalam laman web atau staf SPEAK UP;

  5. menyekat atau menghalang mana-mana pengguna daripada menggunakan laman web;

  6. melakukan apa-apa sahaja yang dapat menganggu, menganggu, melumpuhkan, membebankan atau menjejaskan kerja yang sepatutnya atau rupa laman web atau pelayan atau rangkaian yang menghubungkan dengan laman web;

  7. mengingkari mana-mana keperluan, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian yang menghubungkan dengan laman web;

  8. mengumpul atau menyimpan data peribadi mana-mana pengguna lain dalam laman web, atau menjemput mana-mana pengguna lain untuk mendedahkan data peribadi mereka kepada anda atau orang lain (sama ada pendedahan itu dibuat dalam laman web atau cara lain);

  9. mendedahkan maklumat kenalan (atau maklumat kenalan orang lain) dalam atau melalui laman web atau mana-mana bahagian; atau

  10. meminta maklumat log masuk atau akses laman web melalui akaun Facebook orang lain.

SPEAK UP mempunyai hak (tetapi bukan kewajipan) bagi memadam, tidak membenarkan atau memindahkan mana-mana Kandungan dari laman web, sekiranya perlu, khususnya mana-mana Kandungan yang, dari pandangan SPEAK UP, melanggar mana-mana syarat Terma Penggunaan.

SPEAK UP boleh memelihara semua atau mana-mana bahagian dalam Kandungan yang jika difikirkan perlu, dan boleh mendedahkan semua atau mana-mana bahagian dalam Kandungan kepada sesiapa sahaja atau organisasi sekiranya perlu oleh undang-undang atau kepercayaan bahawa menyimpan atau pendedahan itu perlu untuk: (a) mematuhi proses undang-undang; (b) kuat kuasa Terma Penggunaan terhadap mana-mana pengguna laman web; (c) menyiasat atau bertindak balas terhadap dakwaan bahawa mana-mana Kandungan telah melanggar hak undang-undang mana-mana pihak; atau (d) melindungi hak undang-undang, harta benda, dan/atau keselamatan peribadi mana-mana pihak.

LESEN MENGGUNAKAN KANDUNGAN

SPEAK UP tidak menuntut pemilikan terhadap Kandungan yang dihantar atau ada untuk dimasukkan ke dalam laman web. Walau bagaimanapun, berkenaan Kandungan yang dihantar atau ada untuk dimasukan dalam ruangan akses umam dalam laman web, bebas royalti, tidak boleh dibatalkan dan lisen bukan eksekutif untuk digunakan, diedarkan, dikeluarkan semua, dibuah, disesuaikan, dipaparkan umum Kanudngan tersebut dalam mana-mana forum da untuk mana-mana tujuan. Ini termasuklah menggunakan Kandungan tersebut dalam mana-mana bahan pulisiti untuk laman web dan mana-mana medium (termasuklah media massa, kiriman internet, dicetak dan e-mel komunikasi dan sebagainya).

DASAR PRIVASI

Semua data dan maklumat yang diperoleh SPEAK UP tentang anda daripada penggunaan anda dalam laman web adalah tertakluk kepada Dasar Privasi. SPEAK UP boleh, dalam budi bicara mutlak, meminda Dasar Privasi dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Dasar Privasi terkini akan disiarkan dalam laman web.

PERLINDUNGAN

Anda hendaklah memegang dan menanggung kerugian sepenuhnya bagi Universiti Malaysia Pahang (di mana SPEAK UP adalah sebahagian), pegawai-pegawai, ejen-ejen, kontraktor-kontraktor dan pekerja-pekerja, tidak bertanggungjawab kepada mana-mana dan semua tuntutan, permintaan, kerugian, liability, kos dan perbelanjaan (termasuklah tetapi tidak terhad kepada kos undang-undang dan perbelanjaan terhadap asas menangung kerugian sepenuhnya) dibuat terhadap, dialami atau ditanggung oleh ia/mereka yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada akses anda pada laman web (termasuklah mana-mana Kandungan yang dihantar, disiar atau ada melalui laman web), pelanggaran mana-mana terma dalam Terma Penggunaan, atau pelanggaran hak-hak lain yang berkaitan dengan penggunaan anda dalam laman web.

AMALAN AM BERKENAAN PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN

SPEAK UP menggubal amalan dan had-hal am membabitkan penggunaan dan penyimpanan bahan-bahan di laman web, termasuklah bilangan hari maksimum bagi mesej e-mel, mesej dihantar atau Kandungan lain yang dimuat turun akan disimpan dalam laman web, bilangan maksimum mesej e-mel yang dihantar kepada atau diterima dari akaun dalam laman web, saiz maksimum mana-mana mesej e-mel yang mungkin boleh dihantar kepada atau diterima dari akaun dalam laman web, maksimum ruang cakera yang diperuntukkan dalam pelayan SPEAK UP bagi pihak anda, dan beberapa kali maksimum (dan tempoh maksimum) yang boleh diekses dalam laman web dalam tempoh masa tertentu.

SPEAK UP tidak bertanggungjawab atau liabiliti untuk pemadaman atau keputusan untuk tidak menyimpan mana-mana mesej dan komunikasi lain atau Kandungan lain yang disimpan atau dihantar melalui laman web. Untuk pengetahuan anda juga, SPEAK UP boleh mengubah amalan dan had-had am ini pada bila-bila masa, jika difikirkan perlu, tanpa notis.

PERUBAHAN LAMAN WEB

SPEAK UP boleh pada bila-bila masa melakukan perubahan atau menamatkan, sementara atau selamanya, laman web (atau mana-mana bahagian dalam laman web) tanpa notis. SPEAK UP tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang perubahan, penggantungan atau penamatan laman web.

PENAMATAN

SPEAK UP boleh, dalam keadaan berikut, tidak memberitahu anda dan tiada kewajipan untuk mendedahkan sebab/ sebab-sebab penamatan, menamatkan akses dalam keseluruhan atau mana-mana bahagian dalam laman web: (a) sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana terma dalam Terman Penggunaan, (b) menurut pemintaan penguatkuasaan undang-undang atau lain-lain agensi kerajaan, (c) menurut permintaan daripada anda, (d) sekiranya ia peru bagi memudahkan, atau kesan daripada, keputusan SPEAK UP untuk menamatkan atau membuat perubahan dalam laman web (atau mana-mana bahagian dalam laman web), (e) kesan daripada isu-isu dan masalah teknikal dalam laman web, dan/atau jika (f) anda tidak aktif atau sebaliknya telah berhenti menggunakan laman web atau mana-mana bahagian, untuk satu tempoh masa yang panjang.

Penamatan akses termasuklah: (a) penamatan akses untuk semua bahagian dalam laman web, termasuklah tetapi tidak terhad kepada Kaji Selidik Online SPEAK UP, Forum Perbincangan, Maklumat Penting, Jawapan Maklumbalas, Bilik Berita, Poll Pantas, Maklum balas Kumpulan, dan/atau (b) menghalang penggunaan dalam laman web.

SPEAK UP mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan sama ada mana-mana keadaan di atas yang wujud, dan sama ada untuk menamatkan akses anda sebagai keputusan. SPEAK OUT tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak lain keatas penamatan akses anda dalam semua atau mana-mana bahagian dalam laman web.

PAUTAN

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web Jaringan Sejagat atau sumber-sumber yang tidak dikekalkan SPEAK UP (“pautan”).

SPEAK UP menyimpan semua hak untuk membuang, menggantikan atau melumpuhkan semua pautan mengikut budi bicara mutlak (walaupun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian), sekiranya pautan-pautan tersebut dihubungkan ke laman web atau sumber-sumber yang mengandungi bahan-bahan atau maklumat yang, pada pendapat SPEAK UP, melanggar Terma Penggunaan.

SPEAK UP tidak bertanggungjawab ke atas kewujudan laman web-laman web atau sumber-sumber yang disambung dengan pautan itu (“laman web berpaut”), dan tidak menyokong dan bertanggungjawab terhadap mana-mana kandungan, iklan, produk-produk, atau lain-lain bahan yang terdapat dalam laman web berpaut. SPEAK UP tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak untuk sebarang kerosan atau kehilangan, termasuklah rasa muhibah, keuntungan, kehilangan atau kerosakan Kandungan, atau kerosakan komputer, perisian atau harta lain, yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan laman web berpaut, atau pemindahan mana-mana pautan.

NOTIS

Notis boleh dibuat kepada anda sama ada melalui e-mel atau surat. Laman web boleh memberikan notis-notis perubahan Terma Penggunaan atau perkara-perkara lain dengan cara memaparkan notis-notis atau pautan untuk notis kepada anda secara umum dalam laman web.

PENAFIAN WARANTI

Laman web menyediakan “sebagaimana adanya,” dengan tanpa waranti sekalipun. Semua yang nyata, tersirat dan waranti berkanun, termasuklah, tanpa had, waranti tentang kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, dan bukan pelanggaran hak milik, bukan pelanggaran hak milik, dengan jelas dinafikan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

SPEAK UP menafian semua dan semua tanggungjawab atau liability ke atas ketepatan, kandungan, kesempurnaan, kesahan, kebolehpercayaan, atau kebolehkendalian maklumat atau bahan dalam laman web.

PENGECUALIAN LIABILITI

Dalam apa jua keadaan SPEAK UP bertanggungjawab untuk akaun yang anda gunakan dan penyalahgunaan dan pergantungan pada laman web. Pengecualian liability terpakai sama ada disebabkan kerosakan yang timbul daripada penggunaan atau penyalahgunaan dan pengantungan pada laman web, daripada ketidakupayaan menggunakan laman web, atau daripada gangguan, pergantungan, atau penamatan laman web (termasuklah kerosakan yang dibuat oleh pihak ketiga). SPEAK UP tidak bertanggungjawab kepada anda sekiranya mana-mana maklumat atau bahan-bahan yang dihantar, disiarkan atau sebaliknya dibuat oleh anda, gagal atau terhenti untuk muncul dalam laman web.

UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR

Penggunaan laman web dan sebarang pertanyaan atau pertikaian yang timbul daripada penggunaan laman web akan ditafsirkan mengikut undang-undang Universiti Malaysia Pahang dan anda bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif makhamah Malaysia.

Contact

Universiti Malaysia Pahang

26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur

Tel: +609 424 5000
Fax: +609 424 5055

UMP Helpdesk

If you have any suggestion, question or complaint, please use our UMP Helpdesk System so that we can asssist you further.

Thank you

UMP HELPDESK

Subscribe

Name:
Email:

All right reserved. 2016. Universiti Malaysia Pahang

Powered by Warp Theme Framework